Hijrah and Interview Skills
BiidzniLLAH Posted on Saturday, January 12, 2008 | Entry Full view |
BismiLLAH
Salam Hijrah !
Pada 1 Muharam yang lepas , saya masih terkapai-kapai menyiapkan projek akhir tahun supaya saya dapat pulang ke Malaysia tanpa sebarang masalah ditemani segulung sijil . Ya dulu memang saya senantiasa berada dalam state "berusaha keras" untuk apa saja yang dilakukan kerana saya tiada masalah lain untuk difikirkan . Semua yang bermain di kepala adalah komitmen bersama jemaah dan pelajaran .
Pada 1 Muharam kali ini , semuanya berbeza . Saya=pekerja , bukan lagi pelajar dan mempunyai beberapa komitmen semasa yang perlu difikirkan . Dan semua itu memerlukan saya untuk jadi lebih dewasa dalam meng organize diri . Saya sudah besar maka perlulah berfikir seperti orang besar . Maka untuk tahun baru ini , saya lebih selesa meletakkan harapan untuk menjadi muslimah yang lebih besar+dewasa+matang .
Soalan wajib bila menjelang nya mana-mana tahun baru adalah "Apakah azam tahun baru anda" . Seperti contoh orang bertanya :
(Scott is one of my office mate from US office team) Scott Jung: HAPPY Scott Jung: New Scott Jung: YEAR! Scott Jung: any NY resolutions? Syaheerah: to be a better girl Scott Jung: thats pretty good dude Scott Jung: what specifically do you want to do to be better? Scott Jung: 2 things? Syaheerah: stop muttering when got any problems -- just keep quite n think wat to do Syaheerah: to be more wise in a finances arrangement Syaheerah: thats all Scott Jung: hmm so i translate this to be: 1. do not complain about problems, make an action plan to resolve them 2. read about how to do be more strategic in finances. (what part of finances? day to day? budgeting? retirement) Syaheerah: budgeting Scott Jung: ok those need to be writen down where you can see them every day. Scott Jung: you must look at them every day Scott Jung: until you feel you have achieved them. Scott Jung: is this fair? Syaheerah: i will write down and get it printed Scott Jung: put them some place you look daily..
Mungkin anda juga memerlukan satu resolution untuk terus melangkah !
Bercakap mengenai kerja , mungkin tidak sesiapa pun tahu apa yang saya usahakan setelah hampir 7 bulan bekerja ini . Ini adalah sebenarnya permintaan seorang senior yang menginginkan saya untuk berkongsi rahsia "cepat dapat kerja" tentang bagaimana menghadapi saat-saat di interview dan sedikit details mengenai suasana nya bekerja sekarang dalam context mengendalikan japanese stuffs . So adalah baik jika saya kongsikan di sini memandangkan musim pelajar-pelajar di Jepun grad sudah hampir tiba . Mudahan memberi input yang berguna insyaALLAH .
Rahsia "Cepat dapat kerja"
Tidak di tolak bahawa keputusan peperiksaan yang bagus dan cemerlang mendorong kepada cepatnya anda mendapat kerja . Tapi bagi saya , result yang bagus hanyalah satu bonus . Kebijakan meng handle diri dan keadaan sewaktu interview adalah paling utama . Jika anda bawa result anda yang bagus dengan pakaian selekeh dan communication skills yang "hancur" maka jawapan yang akan anda terima "Permohonan anda gagal" . Interview untuk kerja di sini adalah kali pertama di KL dan saya melalui nya 3 kali to let the employer say YES to hire me . Dan saya rasa ini adalah basic procedure di mana-mana company dalam meng"interview" japanese speaker position dalam apa-apa bidang kejuruteraan/IT .
Contohnya untuk jawatan saya sekarang - Japanese Speaking Global Support Analyst , pada peringkat pertama , saya diberikan 10 helai technical test sheet mengenai UNIX/MySQL/other technical issues . Habis test , saya di panggil untuk interview with director and manager (in english) yang mana mereka akan menceritakan rough idea mengenai position ini dan latar belakang company . Jangan lupa untuk mengangguk dan senyum selalu tanda anda sedang mendengar dan berminat dengan apa yang diperkatakan ; jangan jadi robot statik yang asyik membelenggu otak dengan rasa gementar . Antara soalan yang di tanya :
1) Cerita tentang diri - tidak perlu meleret kerana anda tentu sudah menyatakan semuanya dalam resume . Mereka sedang melihat resume anda dan cuma ingin melihat bagaimana anda bercerita tentang diri sendiri . 2) Mengapa anda berminat untuk position ini? (Revise sebanyak mungkin info mengenai jawatan yang dipohon) 3) Apa yang anda boleh berikan pada company ini dengan skill yang anda belajar dari Jepun ? 4) Anda ada pengalaman yang boleh di aplikasi dalam menjalankan tugasan ini? 5) Diketahui ramai japanese customer sangat demanding , apa yang anda akan lakukan untuk menghadapi mereka?
Percayalah untuk menjawab soalan-soalan ini , anda tidak perlu menghafal apa-apa formula , anda hanya perlu berfikir berbekalkan sedikit keyakinan dan senyuman . Itu saja ! Anda tidak akan kemana jika terus menerus membiarkan rasa "nervous" menguasai diri . Masa singkat yang ada gunakanlah sebaik nya ! Tampil lah dengan confident dan bergaya .
Beberapa hari selepas itu , saya dipanggil lagi untuk interview kali ke 2 . Kali ini di temuduga pula dalam bahasa Jepun . Saya diberi satu email yang panjang dari seorang Japanese Customer dan di minta translate dari Japanese-English and vice versa . Selepas itu , ada temuduga secara tele-conference dengan japanese native speaker . Penemuduga akan review hasil terjemahan dan berbual secara santai . So di sini , antara tips nya :
1) Jika anda merasakan yang anda boleh berbahasa Jepun , bercakaplah seperti anda seorang Japanese . Alang-alang pandai biar sampai cair ! Percayalah anda akan dikagumi dan itu adalah satu kelebihan ! Jika kita rasa kita boleh berbahasa Jepun , tapi anda bercakap tergagap-gagap ketika interview , maka title "boleh berbahasa Jepun" itu akan di pandang lekeh oleh penemuduga . So pada adik-adik yang masih kat Jepun , practice nihonggo (Japanese) anda sampai betul-betul lancar dan fasih . Jangan sia-siakan apa yang dah dipelajari beberapa tahun . Dan oleh kerana kita akan melangkah ke alam dunia pekerjaan which is almost related with business , biasakan diri untuk menggunakan bahasa Jepun versi formal/polite instead of lancar berbahasa jepun versi loghat/pasar .
Contoh ketika memperkenal kan diri :
Gunakan moushimas instead of iimas . Gunakan orimas instead of imas . Gunakan itashimas instead of shimas . Gunakan moushiwake arimasen instead of sumimasen/gomennasai .
Ini adalah penting kerana employer akan membayangkan anda akan bertutur dengan customers mereka seperti apa yang anda perkatakan ketika interview . Dan semestinya mereka tidak mahu mengambil mereka yang bercakap Jepun ala Terengganu untuk berurusan . So jangan berbangga anda fasih berbahasa jepun ala Yamaguchi-ben atau Osaka-ben kerana bila anda pulang , ia hanya akan tinggal ia .
2) Pastikan ada basic/sedikit pengalaman menterjemah ayat jepun-english atau english-jepun . Jangan lupakan English . Banyakkan practice dan yang penting biasakan diri .
Untuk peringkat yang ke 3 , saya di temuduga melalui telefon . (Untuk ini credit kepada Kak Siti kerana meminjamkan telefon nya kerana waktu itu telefon saya tidak dapat berfungsi dengan baik) . Di peringkat ini saya ditemuramah pula oleh US native Speaker . Mungkin untuk mengenalpasti adakah kita berkemampuan untuk memahami dan berkomunikasi dengan American atau tidak .
Mungkin juga lain company lain cara interview nya , tapi secara basicnya begitulah . Point paling penting yang perlu di ambil perhatian adalah menguasai bahasa Jepun dengan lancar dan betul .
Suasana kerja sekarang
Sekarang saya bertugas di E2open Development Corporation yang dulunya menyewa di Menara Citibank Jalan Ampang dan berpindah akhir Disember lepas ke Sheraton Imperial Hotel Jalan Sultan Ismail . Company ini adalah US based company yang mempunyai lebih dari 6 cawangan seluruh dunia termasuk KL , Redwood City , Pac Shores di US , Taiwan , Japan , India dan sebagainya . Kebanyakan pekerja di sini adalah Chinese , hanya beberapa Melayu dan India juga beberapa orang foreigner staffs . Mungkin peringkat 3 tadi wujud memandangkan ia adalah US Company . Tetapi percayalah , mungkin ada baiknya anda tidak memilih Japanese Company sebagai pilihan anda . Sila ping saya untuk sebabnya .
Company ini mempunyai customer yang establish seperti Hitachi , Panasonic , Sony , Dell , IBM , Nokia , Vodafone , Boeing , Omron dan sebagainya . Dan antara bidang tugas saya adalah untuk memastikan semua Japanese Customer company ini senantiasa tersenyum . Kerja saya ini adalah telalu customize untuk di jelaskan di sini kerana ia bergantung kepada issue apa yang akan berlaku .
Apa pun jika bercakap mengenai suasana kerja sekarang , ia adalah selesa lagi mencabar . Tidak perlulah di tulis apa bentuk cabaran nya , tetapi jika anda terus berdiri sebagai seorang muslimah yang tahu menjaga diri , maka ia nya tiada masalah . Dan yang penting , untuk disukai orang , jangan merasakan diri kita terlalu baik untuk memandang semua orang itu sebagai tidak baik . Anda akan bakal merentasi dunia yang luas yang lebih mencabar bila melangkah keluar dari dunia "student" . Berkawanlah dengan semua orang walaupun kita tidak biasa dengan cara dia . Selami lah mengapa dia begitu dan mengapa kita begini . Tak kenal maka tak cinta ! Atau anda mungkin akan berlari dalam dunia sendiri tanpa teman . Kata kunci mudah untuk ini adalah rendahkan diri anda untuk disenangi ! *Gambar - Kak Emma , my best sis in a office .
Saya menulis cukup panjang kali ini . Hadiah tak seberapa saya sempena Maal Hijrah buat teman-teman yang merequest dan memerlukan idea sebelum melangkah ke alam pekerjaan . Apa pun walau di mana pun kita , jadilah diri kita seadanya kita dan nikmatilah hidup ini senikmatnya selagi ALLAH masih sudi memberikan peluang ini buat kita . Jaga diri !
wALLAHua'lam Labels: hijrah 1429, temuduga, tips
|
|
|
|
Jumlah komen sekarang adalah 4 . JazakALLAHukhaeron kathiiro .. |
-
salam alaik ukhti nampak makin maju sekarang ni, lebih dewasa ! dah dewasa tu kena sahut seruan cpt2 walimah.enti bila lagi..klu xdak calon ramai duk tunggu ni hehe
-
Assalamu'alaikum,
Saya ni kohai, masih di kosen.
"Tetapi percayalah , mungkin ada baiknya anda tidak memilih Japanese Company sebagai pilihan anda . Sila ping saya untuk sebabnya ."
Tertanya-tanya jugak, kenapa kak Syaheerah berkata macam tu. Mesti ada sebab. Maaf tanya secara terbuka.(",)... jazakAllah, teruskan perjuangan...
-Naim
-
sasuga kak syaheerah ne..
klu baca blog ni ..mesti byk yg wan blh belajar.. yerla kt sini dh tkde sempai ..taun depan sokken ..then shingaku ..lepas tu tk tau apa lg.. klu tkde org nk bg info rasa takut jgk...
teruskan menulis kak sya =)
-
ibn Tantari - sampai masa nya ada lah tu..
Naim - akak tulis "mungkin ada baik nya".. mungkin untuk mantapkan english instead of current pera-pera nihonggo.. ato wa.. kyuuryou teki to kibishisaa.. sebab japanese company is very *strict* and not independent at all..
Wan - Ooshima tak ade kouhai baru ke nanti.. dun worry.. Everything should be fine InsyaALLAH.. Jaga diri bro!
|
| | <<Kembali ke Laman Utama |
| |
|
|