"Ketika kita dilahirkan , kita menangis, dan semua orang tersenyum gembira menyambut kelahiran kita . Berusahalah ! Semoga ketika kita mati kelak , kita tersenyum puas , dan semua orang menangisi pemergian kita . "
[Hamka]
AlhamduliLLAH, jutaan syukur buat ALLAH tuhan semesta alam yang tidak putus-putus mengurniakan saya keindahan dan kenikmatan hidup , mudahan nikmat ini mendekatkan diri ini pada NYA juga membuakkan rasa cinta pada NYA , ameen ya Rabb .
Ya , saya kini sudah bergelar isteri . Kepada yang sudi meluangkan masa untuk datang ke resepsi kami di Terengganu juga di Pahang , jutaan syukran buat kalian . Kepada yang tidak dapat hadir , tidak mengapa , doa kalian sungguh bermakna demi melancarkan walimah kami pada 16 Ogos dan 23 Ogos lepas . Dan kepada yang masih terkejut dan tidak mengetahui , maka saya mengumumkan dengan rasmi bahawa saya telah sah menjadi isteri kepada Syed Ahmad Faiz bin Syed Mahmad Hadzari pada 15 Ogos lepas .
Mudahan perkahwinan ini diberkati dan kekal selamanya hingga ke syurga . Matlamat kami hanya itu . Cinta dan redha ALLAH seterusnya ke syurga ..
salam tahniah sya,mudahan bahagia lah selalu..... doakanlah juga diri ini juga ada peluang untuk merasa nikmat mendapat isteri solehah seperti encik syed... :)
Tidak perlu membuang masa melawati blog ini jika tiada updated entry . Jimatkan masa anda dengan melanggan blog ini melalui email. Masa itu emas permata=) Klik untuk langgan
AlhamduliLLAH ..
Semoga taman hijau ini bisa menceriakan hari anda juga menjadi asbab untuk walau sedikit kebaikan InsyaALLAH. Ambil lah mana-mana yang difikirkan baik , dan yang kurang itu buanglah jauh-jauh .
Laman ini masih tidak compatible untuk web browser Internet Explorer . Sila guna Firefox untuk pelayaran internet yang lebih berkuasa tinggi All Rights Reserved Syaheerah`07