"Ketika kita dilahirkan , kita menangis, dan semua orang tersenyum gembira menyambut kelahiran kita . Berusahalah ! Semoga ketika kita mati kelak , kita tersenyum puas , dan semua orang menangisi pemergian kita . "
[Hamka]
Bismillah .. Maka setelah ber MC semalam, saya kembali di kerusi empuk ofis ini berlapikkan backbone-pillow berwarna pink dari Jusco .
Oh oh tidak lupa saya kembali berpeluang melepaskan rindu berjalan di Malaysia kini dan Mstar juga MSO Melayu yang menjadi bacaan wajib saya sejak beberapa bulan ini . Mungkin lebih 20 kali sehari saya tidak jemu-jemu me'refresh' website ini untuk mendapatkan latest update . Jika ada orang yang 'ditembak'di Malaysia, maka saya ingin menjadi saf-saf pertama yang mengetahui nya .
Saya jadi bosan membaca kisah tragis ber genre seram komedi yang berlaku di negeri Terengganu yang bakal saya jejaki 1 Mei ini untuk bercuti. Mudahan saya tidak akan terserempak dengan penggambaran filem seram ini di sana memandangkan saya sudah tidak rela lagi untuk mual . Cukuplah mual penangan 1st trimester ini .
Source: Malaysiakini
Ugutan bunuh, pulau-memulau, aku janji dan sebagainya membuatkan saya terfikir, tidak ada kerja sangatkah golongan-golongan ini sehingga mereka terfikir untuk mencatat semua agenda-agenda tidak penting ini dalam sejarah pentadbiran negeri Terengganu . Ia nya memalukan dan melucukan , malah memualkan ibu mengandung .
Berdamailah sekelian orang-orang besar . Rakyat sedang memerhatikan anda . Kaedahnya mudah, berlapang dada dan tunaikan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sempurna . Jika rasa sudah tidak sanggup, maka bubarkan DUN dan adakan pilihanraya semula . Dan jangan harap anda akan menang lagi ! :D
Tidak perlu membuang masa melawati blog ini jika tiada updated entry . Jimatkan masa anda dengan melanggan blog ini melalui email. Masa itu emas permata=) Klik untuk langgan
AlhamduliLLAH ..
Semoga taman hijau ini bisa menceriakan hari anda juga menjadi asbab untuk walau sedikit kebaikan InsyaALLAH. Ambil lah mana-mana yang difikirkan baik , dan yang kurang itu buanglah jauh-jauh .
Laman ini masih tidak compatible untuk web browser Internet Explorer . Sila guna Firefox untuk pelayaran internet yang lebih berkuasa tinggi All Rights Reserved Syaheerah`07